Tuesday, April 16, 2019

Redah Hikers - Trip Gunung Semangkuk

Assalamualaikum.
Sekadar catatan untuk pengajaan diri sendiri dan pembaca
yang lain.
Aku bersama Redah Hikers Team merancang sati trip Hiking ke
Gunung Semangkuk pada 13-14 April 2019.
Gunung Semangkuk terletak di negeri Selangor berketinggian
1824m dari aras laut. Gunung yang tertinggi di negeri Selangor.

Perancangan selama sebulan setengah dengan pelbagai info dan
input dari sahabat pendaki berpengalaman.  Kami begitu teliti memilih peserta. Peserta yang berpengalaman sahaja layak menyertai trip ini.  Permit pendakian di pohon dari Pejabat Hutan Daerah Raub
Mahdi – Guide
Hana – Crew
Eira – Crew
Eina – Crew
Iwan - Sweeper

13 April pendakian dimulakan melalui pintu masuk Fraser Hill Trail pada pukul 4.00 pagi. Seawal pendakian semua peserta berkeadaan baik dan bersemangat.
Jam 7.00 pagi kami sampai di Puncak Pine Tree diikuti jam 9.00 pagi sampai di Twin Peak.
Selama sejam setengah kami berehat dan bersarapan. 9.30 pagi
kami mula menuruni Twin Peak menuju ke campsite Sungai Merah. Bermula dari sini ade seorang peserta perempuan (aku namakan dia L) mula menunjukkan aksi yang kurang selesa.  Peserta ini bertindak seolah provoke guide supaya bergerak lebih laju. Walhal guide sudah bagitau ini trip santai bukan trip compress. Malangnya peserta ini buat2 tak paham.

12.30pm-1.00 kami semua tiba di kem Sungai Merah. Guide
arahkan peserta pasang khemah, hammock, ground dan fly bagi memudahkan peserta berehat, solat dan makan minum.
Peserta perempun (L) tadi asyik bertanya bila nak ke Puncak Gunung Semangkuk walah beberapa kali guide bagitau semua akan bergerak ke Puncak Gunung Semangkuk pada pukul 2.15pm.

2.15pm kami semua bergerak ke Puncak Gunung Semangkuk.
Diawal perjalanan guide nasihatkan peserta supaya lebih berhati2. Jika terdengar gangguan makhluk halus jangan jawab cuma diam saja.
L mula menunjukkan resah sebab guide memperlahankan langkah memandangkan guide mula sedar ada beberapa perkara yang tak selesa mula terasa. Guide bagi peluang kepada L supaya bergerak kedepan dan tunggu kami di check point helipad. Malangnya L dan seorang peserta lelaki yang ikut L melanggar arahan guide. Mereka berdua terus ke Puncak Gunung Semangkuk.
Peserta lain mula berpecah kepada 2 kumpulan kecil. Aku mengawal 3 peserta di depan dan Iwan mengawal  2 orang peserta dan 2 crew.
Akhirnya kami bergabung semula menjadi 1 kumpulan di antara kem helipad dan puncak gunung Semangkuk. Iwan memaklumkan pada aku 2 peserta berpatah balik ke kem helipad kerana cedera. Iwan dan 3 crew yang lain bergerak ke depan untuk ke puncak. Kami tiba di Puncak jam 7.00pm. Plan asal akan sampai pada jam 5.00pm. Memandangkan ada peserta cedera berlaku kelewatan selam 2 jam.

Tiba di puncak kami mencari L dan peserta lelaki tadi. Sejam
mencari tapi tak jumpa. Kami menjerit memanggil diorang pun tiada jawapan.
Akhirnya kami buat keputusan mereka sesat.  Guide dan crew mula risau 2 orang peserta hilang dan 2 peserta lagu tunggu di kem helipad. Kami berpatah balik ke kem helipad. Jam 10.00 malam kami tiba di kem helipad. Guide membuat keputusan semua turun ke kem sungai merah dengan harapan peserta yang sesat tadi akan kembali ke kem sungai merah melalui laluan lain. Sepanjang perjalan guide dan beberapa peserta lain mula di ganggu makhlus halus. Di anrata kami ada yang nampak ada taman bercahaya di sekeliling trek. Semua itu diabaikan
2.00am 14 April kami tiba di kem Sungai Merah. Crew membuat keputusan akan keluar esok dan membuat laporan polis tentang kehilangan 2 peserta.
Selepas sarapan jam 10.00 pagi kami mula bergerak keluar dari kem sungai merah. Crew mengganggarkan jam 2.00 petang tiba di puncak Twin Peak dan mebuat panggilan kecemasan disitu. Sepanjang perjalan kami meredah hujan lebat. Trek mula becak dan pergerakan kami menjadi semakin perlahan.
Setibanya kami di Twin Peak  pukul 3.00 petang. Berehat seketika. Belum sempat kami membuat penggilan kecemasan seorang peserta yang hilang muncul di Twin Peak. Peserta lelaki  menerjah crew dan mohon maaf kerana langgar arahan guide. Dia menceritakan bagaimana dia boleh tersesat sedangkan dia cuma berada 200 meter saja dari puncak gunung Semangkuk. Dia berada disitu dan tak jumpa jalan keluar. Terpaksa dia bermalam berhampiran puncak gunung Semangkuk ditemani hujan, bau hamis harimau.
Sejam berehat di Twin Peak. 4.00 Petang kami menuruni Twin Peak menuju ke statrting point. Beberapa orag peserta masih cedera dan kami tiba di starting point pada pukul 1.00 pagi.
Alhamdulillah semuanya selamat pergi dan balik walaupun ada
peserta yang tercedera dan yang mengalami gangguan mistik.
Apa yang boleh difahami disini. Peserta perlu berpengalaman jika mendaki sesuatu gunung yang perjalanannya jauh dan tinggi. Peserta perlu mempunyai semangat dan menal yang kuat sebelum memulakan pendakian. Peserta mesti patuh arahan guide sebab guide lebih tahu situasi sebenar sepanjang trek menuju ke puncak.




Sunday, February 3, 2019

Trip Gunung Nuang 02 Feb 2019

Kali terakhir aku mendaki Gunung Nuang melaui Pangsun Hulu Langat pada tahun 2011. Aku lupa tarikh bulan berapa. Tapi masa tu aku hanya bermalam di Kem Lolo dengan kawan sepejabat si Fadil.
Laluan Gunung Nuang melalui Pangsun ditutup disebabkan ada kemalangan maut disitu.

Dah lama aku pendam perasaan nak daki semula Gunung Nuang tapi masalah masa yang menghalang niat aku.
Gunung Nuang berketinggian 1493m dari aras laut
02 February aku mendaki Gunung Nuang melalui laluan Janda Baik. Aku kumpulkan seramai 13 peserta yang terdiri kawan2 baru aku yang sehobi dengan aku.

4.40 pagi kami berkumpul di R&R Genting Sempah sambil bersarapan.
5.40 pagi kami bergerak ke entrance Janda Baik
6.10 pagi tiba di entrance Janda Baik, Solat dan persiapan Hiking, taklimat ringkas, bacaan doa serta senaman ringan


6.51 pagi kami mulakan pendakian, trek memang best pacak giler dan licin, suasana pagi yang nyaman dan berkabus serta kicauan burung menunjukkan keindahan alam ciptaan Allah.






9.55 pagi kami dah sampai ke puncak Gunung Nuang dengan jayanya..seronok weii duk kat puncak ni, sejuk beb pasal berkabus berangin




Selesai membawang, masak maggi, bancuh teh jam 11.30 pagi kami mula beransur turun. Aku dan line up yg lain dah tak tahan sejuk berada di puncak.
1.00 petang kami tiba di air terjun Janda baik. Berehat seketika disini. Beberapa orang kawan sempat mandi manda nak hilangkan stress katanya.
1.30 petang kami bergerak turun. 2.00 petang kami tiba di pintu masuk trek Gunung Nuang. Berborak bercerita bestnya trip ni.




3.15 petang kami bergerak pulang.
Sesuatu kepuasan yang tak dapat diceritakan bila kita betul2 menikmati keindahan alam ciptaan Allah.

Allah bentangkan alam ini untuk kita semua supaya kita berfikir dan mengagungkan kekuasaannya.

Rekod Trekking 3 jam naik, 2 jam setengah turun. Awesome Trip








Sunday, January 20, 2019

Gunung Rajah melalui Kuala Kubu Bharu

Trip Gunung Rajah 12 Januari 2019.
8 peserta termasuk aku. Trip yang takde Guide dan takde sweeper. Itulah perumpamaannya.
Trip dirancang oleh Atok.
3.30 petang kami mula berkumpul di Sungai Pertak Kuala Kubu Bharu Selangor. Berbekalkan semangat cintakan alam sekitar kami mula melangkah memasuki denai rimba.
2 jam perjalanan trek yang agak landai kami sampai di Kem BMW.


dari kiri belakang: Jebat, Atok Aku
dari kiri duduk: Iwan, Lyter

Kami solat asar disini kerana kem disini di tepian sungai jadi memudahkan kami berwudhu. 15 minit berehat perjalanan di teruskan.
6.00 petang kami sampai di Kem Botol. Berhenti cuma seminit, sekadar minum seteguk air bagi membasahkan tekak.
Selepas Kem Botol kami mula mendaki, trek yang menaik dan menurun serta agak licin. Kesukaran ini melambatkan langkah kami bergerak pantas.



7.20pm kami sampai di Kem Renoma. Hari semakin gelap. Untuk sampai disini kami berpaksa berdepan single trek dan mendaki agak tinggi. Kami solat maghrib disini dan berehat selama 20 minit.
Perjalanan diteruskan. Malam yang kelam diterangi cahaya bulan, seram sejuk mula terasa.
8.40 malam kami tiba di Kem R&R.

Atok membuat keputusan untuk berehat dan tidur disini untuk seketika. Di Kem R&R kami memasak, bancuh teh kopi berborak. Disinilah kami mula mengenali sesama peserta lebih dekat. Bercerita berkongsi pengalaman, bergurau senda. Keakraban mula terasa. Seronok beb serius. Bersembang bergurau hingga ke pagi. Plan asal nk tidur tapi bila dah rancak bersembang hilang semua rasa mengantuk.

3.00 pagi perjalanan diteruskan. Trek mula mencabar minda. Trek sempit, gelap malam, sejuk mula mencabar mental. Walaubagaimanapun misi mesti diteruskan.
5.00 pagi kami tiba di Kem Asyur. Kami berehat cuma beberapa minit saja. Dari Kem Asyur kami mengambil masa sejam setengah untuk tiba di Puncak Tipu (False Peak). Kami solat subuh disini.

6.45 kami mula bergerak ke puncak Gunung Rajah. Dari Puncak Tipu ke Puncak Rajah kami ditemani pemandangan indah mossy. Memang teruja ciptaan Allah seolah berada disebuah taman syurga. Cantik.




8.20 kami tiba di puncak Gunung Rajah.
Sejam kami berada di puncak menikmati pemandangan indah alam ciptaan Allah. Subhanallah. Cuaca cantik, awan biru, angin sejuk mula terasa. Inilah kepuasan yang kami dapat setelah bersusah payah mengharungi cabaran sepanjang perjalanan dari Sungai Pertak ke puncak Gunung Rajah.

dari kiri: Kak Neni, Percy, Liza, Era, Lyter, Iwan Jebat & Aku

9.30 kami beransur bergerak menuruni perjalanan. Kami melalui laluan yang sama semasa mendaki.



Alhamdulillah tepat jam 4.30 petang kami tiba dengan selamat di Sungai Pertak tanpa sebarang kecederaan. Cuma lutut aku terasa sakit semasa mula turun dari puncak hingga ke Sungai Pertak. Namun aku gagahi langkah aku supaya tidak menyusahkan rakan2 yang lain.

Ini sekadar catatan ringkas trip aku ke Gunung Rajah melalui Kuala Kubu Bharu.










Friday, January 4, 2019

Gunung Ampang Pecah (GAP) Gunung Ulu Semangkuk (GUS)

30 Disember 2018

Atok dari Redah & Terjah Hikers ajak aku buat trip ke Gunung Ampang Pecah (GAP) dan Gunung Ulu Semangkuk (GUS). Trip yang nanti2 selama ni. Atok mitak jasa baik aku cari line up. Trip free ni.
Aku ajak kawan2 dari group wasap Redah Hikers. Alhamdulillah ramai yang berminat disertai jugak beberapa orang dari group hikes lain.
Pendakian bermula jam 8.00am. Line up seramai 15 orang.
Trail yang awesome. Atok arahkan aku jadi sweeper. Aku okay jee. Aku pun tak bleh jalan laju sangat seba aku ada masalah lutut.
Gambar bawah Atok berbaju biru muda lengan panjang.(kanan)

Jadi sweeper kena banyak sabar laa. Macam2 perangai line up. Tambah plak line up yang kita belum kenal perangai diorang. Layan jeee
Ade seorang line hampir putus asa sebab terasa trail GAP GUS terlau jauh. 45 minit trekking kami sampai puncak GAP berketinggian 1183 meter dari aras laut.
Rehat 15 minit kami meneruskan trekking ke puncak GUS. Bagi aku trail sini agak santai. Pendakian terlalu pendek. Trail disini sesuai untuk beginner hiker.

Sepanjang trail aku layan karenah line up. 10 line up dah kedepan bersama Atok (guide). Aku jangkakan jarak aku dengan team yg kat depan lebih kurang 20 minit.
Aku terpaksa sweep line up yang pewai. Banyak berhenti sepanjang trail.
Ditengah2 trail ni kami melalui puncak Ulu Teranum, Puncak Teranum.

10 Minit sebelum ke puncak GUS trail mencanak 90%. Line up yang aku sweep mula panik. Keluar air mata nak menangis hahahaha. Stelah pujuk baru dia cuba panjat perlahan2.
Alhamdulillah 11.00 pagi kami selamat sampai ke puncak GUS.





Sejam kami berehat dipuncak. Masak2, amik gambar sekitar puncak yg sememangnya menarik ditambah plak ada mossy. Wowww memang berbaloi pendakian kali ni.

12.00 tengahari kami mulakan pendakian balik. Seperti biasa Guide dan 10 line up dah ke depan meninggalkan aku bersama 3 lagi line up yg pewai. Sepanjang perjalanan keluar line banyak mengalami masalah kaki cramp. Perjalanan terpaksa perlahan dan banyak berhenti.
2.30 petang kami sampai di puncak GAP. Bermakna lagi 45 minit untuk sampai ke parking kereta. Malangnya sampai di Puncak GAP hujan turun dengan lebatnya. Aku dah mula risau sebab trail mula dilimpahi air dan teramat licin ditambah plak line up selalu kaki cramp. Apa yang membimbangkan risau kalau2 ada pokok tumbang. Aku hanya mampu berdoa mudahan di permudah urusan aku hari ni.

Kami menyusuri trai penuh hati2. Basah mandi hujan. Risau bercampur seronok.
Alhamdulillah 3.30 kami selamat sampai ke parking kereta.
Kesemuanya selamat sampai tanpa ada masalah kecederaan.
Trip yang best dan santai.

In Sha Allah ada masa nak repeat ke sini lagi.

Mahdi de Nerus

Bukit Batu Chondong Kemensah

November 2018
Aku bersama beberapa rakan melakukan pendakian ke Bukit Batu Chondong. Bukit yang berketinggian 260m dari aras laut terletak di Kemensah Selangor.
Terletak laluan belakang Zoo Negara. Pendaki boleh parking kereta di tempat parking yang disediakan berhampiran Paintball Field atau berdekatan Kem ATV.

Pendakian bermula jam 8.00 pagi. Trail yang simple dan pendek. Pendakian hanya memakan masa 20 minit saja untuk sampai kepuncak.
Untuk sampai ke puncak pendaki perlu memanjat dinding batu (climbing rock). Agak mencabar jugak nak panjat batu ni.



Pemandangan sememangnya teramat cantik dari puncak Bukit Batu Chondong. Disini amat sesuai bagi landscape photographer merakam sunrise. Awesome view beb.
Hampir sejam jugak kami menikmati view kat sini sebelum kami bergerak turun dan menuju ke air terjun Batu Asah yang terletak lebih kurang 1.5km dari kaki Bukit Batu Chondong.







Nyaman beb mandi air terjun kat sini. Awal pagi pengunjung agak berkurangan berbanding tengahari. Awas kawasan air terjun Batu Asah ni banyak pacat. Sape yang geli pacat standby laa bawa garam. Sapu kat betis tak mau bagi pacat isap darah.



Sejam mandi kami beransur pulang. Sekali lagi badan comot berselut sebab laluan balik terpaksa menempuh laluan ATV seperti mana kami datang kesini.


Saturday, December 22, 2018

Komposisi Fotografi

Sambungan fasal Komposisi Fotografi
Terdapat elemen-elemen penting dalam menyusun komposisi fotografi iaitu garis (line).
Garis (line) adalah salah satu elemen penting dalam komposisi.
Garis membawa pandangan mata audience memasuki frame menuju objek (leading lines). 
Kita selalu melihat elemen garis seperti garis batu, garis pantai, jalan, rel dan lain lain.
Pada dasarnya garis dapat dibagi kepada 4 jenis iaitu
1.garis horizontal
2.garis vertikal
3.garis diagonal
4.garis lengkung.
Garis lengkung “S” berlekok pada suatu frame, menggiring mata audience memasuki frame, sementara garis lurus menggiring secara langsung. Lengkung memberi kesan fleksibel, sementara garis lurus memberi kesan lebih kaku. Apakah anda menggunakan garis lurus atau garis diagonal menuju objek ? Keduanya bekerja sama hingga memberikan kesan yang berbeza.
In Sha Allah aku akan sambung lagi perihal komposisi seterusnya. Ringkas2 je aku bagi info supaya tak jemu membaca.
Disini aku lampirkan salah satu contoh gambar yang berkomposisi Leading Line. Gambar ini aku rakam di Pantai Pandak Chendering Terengganu.
Terima kasih
Mahdi de Nerus


Fotografi & Komposisi (Rule of Third ~ RO3)


Kenapa gambar dia lawa, gambar saya tak lawa?
Inilah persoalan yang selalu timbul apabila seseorang merakam gambar menggunakan DSLR atau kamera handphone.
2 orang merakam sekeping gambar, jenis kamera sama, dilokasi sama, subjek sama, pencahayaan pun sama tapi terdapat perbezaan pada kedua gambar. Mengapa ini berlaku.
Salah satu penyebabnya adalah pemahaman pada “komposisi” atau istilah lain dalam fotografi disebut Rule of Third atau RO3
Apa itu komposisi.
Komposisi adalah teknik meletak sesuatu subjek atau eleman di tempat yang betul didalam sesebuah gambar.
Komposisi berperanan membezakan nilai sesebuah gambar yang dihasilkan. Disini aku hanya menyatakan SALAH SATU komposisi yang wajib diketahui oleh seseorang yang berminat mendalami ilmu asas fotografi.
Gambar dibawah sebagai contoh. Gambar tu aku rakam semasa Photo Hunt di Bali Indonesia bersama rakan2 fotografer mei 2015..saje nak bagi info detail pasal gambar.
Pada gambar tersebut aku letakkan empat (4) garisan. 2 melintang dan 2 menegak. Ianya dinamakan Grid.
Grid ada pada setiap kamera DSLR, Mirrorless atau kamera handphone. Cari kat camera setting.
Lihat kedudukan subjek utama iaitu sebuah pondok rehat di tepi pantai. Pondok tersebut terletak diatas salah satu simpang garisan menegak dan melintang itu. Bermakna sesuatu subjek mestilah berada di salah satu tempat yang aku tandakan titik itu.
Itulah salah satu contoh komposisi pada sesebuah gambar. Subjek adalah cerita utama dan latar belakang matahari terbit adalah penambah perisa bagi sesebuah gambar.
Ini penting bagi menghasilkan hasil karya berkualiti.
In sha Allah nanti aku akan sambung lagi penulisan berkaitan komposisi seterusnya. Cerita panjang2 korang malas nak baca...aku sdiri pun malas nk baca hahaha...aku share sikit2 supaya tak mudah jemu membaca.