Tuesday, April 16, 2019

Redah Hikers - Trip Gunung Semangkuk

Assalamualaikum.
Sekadar catatan untuk pengajaan diri sendiri dan pembaca
yang lain.
Aku bersama Redah Hikers Team merancang sati trip Hiking ke
Gunung Semangkuk pada 13-14 April 2019.
Gunung Semangkuk terletak di negeri Selangor berketinggian
1824m dari aras laut. Gunung yang tertinggi di negeri Selangor.

Perancangan selama sebulan setengah dengan pelbagai info dan
input dari sahabat pendaki berpengalaman.  Kami begitu teliti memilih peserta. Peserta yang berpengalaman sahaja layak menyertai trip ini.  Permit pendakian di pohon dari Pejabat Hutan Daerah Raub
Mahdi – Guide
Hana – Crew
Eira – Crew
Eina – Crew
Iwan - Sweeper

13 April pendakian dimulakan melalui pintu masuk Fraser Hill Trail pada pukul 4.00 pagi. Seawal pendakian semua peserta berkeadaan baik dan bersemangat.
Jam 7.00 pagi kami sampai di Puncak Pine Tree diikuti jam 9.00 pagi sampai di Twin Peak.
Selama sejam setengah kami berehat dan bersarapan. 9.30 pagi
kami mula menuruni Twin Peak menuju ke campsite Sungai Merah. Bermula dari sini ade seorang peserta perempuan (aku namakan dia L) mula menunjukkan aksi yang kurang selesa.  Peserta ini bertindak seolah provoke guide supaya bergerak lebih laju. Walhal guide sudah bagitau ini trip santai bukan trip compress. Malangnya peserta ini buat2 tak paham.

12.30pm-1.00 kami semua tiba di kem Sungai Merah. Guide
arahkan peserta pasang khemah, hammock, ground dan fly bagi memudahkan peserta berehat, solat dan makan minum.
Peserta perempun (L) tadi asyik bertanya bila nak ke Puncak Gunung Semangkuk walah beberapa kali guide bagitau semua akan bergerak ke Puncak Gunung Semangkuk pada pukul 2.15pm.

2.15pm kami semua bergerak ke Puncak Gunung Semangkuk.
Diawal perjalanan guide nasihatkan peserta supaya lebih berhati2. Jika terdengar gangguan makhluk halus jangan jawab cuma diam saja.
L mula menunjukkan resah sebab guide memperlahankan langkah memandangkan guide mula sedar ada beberapa perkara yang tak selesa mula terasa. Guide bagi peluang kepada L supaya bergerak kedepan dan tunggu kami di check point helipad. Malangnya L dan seorang peserta lelaki yang ikut L melanggar arahan guide. Mereka berdua terus ke Puncak Gunung Semangkuk.
Peserta lain mula berpecah kepada 2 kumpulan kecil. Aku mengawal 3 peserta di depan dan Iwan mengawal  2 orang peserta dan 2 crew.
Akhirnya kami bergabung semula menjadi 1 kumpulan di antara kem helipad dan puncak gunung Semangkuk. Iwan memaklumkan pada aku 2 peserta berpatah balik ke kem helipad kerana cedera. Iwan dan 3 crew yang lain bergerak ke depan untuk ke puncak. Kami tiba di Puncak jam 7.00pm. Plan asal akan sampai pada jam 5.00pm. Memandangkan ada peserta cedera berlaku kelewatan selam 2 jam.

Tiba di puncak kami mencari L dan peserta lelaki tadi. Sejam
mencari tapi tak jumpa. Kami menjerit memanggil diorang pun tiada jawapan.
Akhirnya kami buat keputusan mereka sesat.  Guide dan crew mula risau 2 orang peserta hilang dan 2 peserta lagu tunggu di kem helipad. Kami berpatah balik ke kem helipad. Jam 10.00 malam kami tiba di kem helipad. Guide membuat keputusan semua turun ke kem sungai merah dengan harapan peserta yang sesat tadi akan kembali ke kem sungai merah melalui laluan lain. Sepanjang perjalan guide dan beberapa peserta lain mula di ganggu makhlus halus. Di anrata kami ada yang nampak ada taman bercahaya di sekeliling trek. Semua itu diabaikan
2.00am 14 April kami tiba di kem Sungai Merah. Crew membuat keputusan akan keluar esok dan membuat laporan polis tentang kehilangan 2 peserta.
Selepas sarapan jam 10.00 pagi kami mula bergerak keluar dari kem sungai merah. Crew mengganggarkan jam 2.00 petang tiba di puncak Twin Peak dan mebuat panggilan kecemasan disitu. Sepanjang perjalan kami meredah hujan lebat. Trek mula becak dan pergerakan kami menjadi semakin perlahan.
Setibanya kami di Twin Peak  pukul 3.00 petang. Berehat seketika. Belum sempat kami membuat penggilan kecemasan seorang peserta yang hilang muncul di Twin Peak. Peserta lelaki  menerjah crew dan mohon maaf kerana langgar arahan guide. Dia menceritakan bagaimana dia boleh tersesat sedangkan dia cuma berada 200 meter saja dari puncak gunung Semangkuk. Dia berada disitu dan tak jumpa jalan keluar. Terpaksa dia bermalam berhampiran puncak gunung Semangkuk ditemani hujan, bau hamis harimau.
Sejam berehat di Twin Peak. 4.00 Petang kami menuruni Twin Peak menuju ke statrting point. Beberapa orag peserta masih cedera dan kami tiba di starting point pada pukul 1.00 pagi.
Alhamdulillah semuanya selamat pergi dan balik walaupun ada
peserta yang tercedera dan yang mengalami gangguan mistik.
Apa yang boleh difahami disini. Peserta perlu berpengalaman jika mendaki sesuatu gunung yang perjalanannya jauh dan tinggi. Peserta perlu mempunyai semangat dan menal yang kuat sebelum memulakan pendakian. Peserta mesti patuh arahan guide sebab guide lebih tahu situasi sebenar sepanjang trek menuju ke puncak.