Saturday, December 22, 2018

Komposisi Fotografi

Sambungan fasal Komposisi Fotografi
Terdapat elemen-elemen penting dalam menyusun komposisi fotografi iaitu garis (line).
Garis (line) adalah salah satu elemen penting dalam komposisi.
Garis membawa pandangan mata audience memasuki frame menuju objek (leading lines). 
Kita selalu melihat elemen garis seperti garis batu, garis pantai, jalan, rel dan lain lain.
Pada dasarnya garis dapat dibagi kepada 4 jenis iaitu
1.garis horizontal
2.garis vertikal
3.garis diagonal
4.garis lengkung.
Garis lengkung “S” berlekok pada suatu frame, menggiring mata audience memasuki frame, sementara garis lurus menggiring secara langsung. Lengkung memberi kesan fleksibel, sementara garis lurus memberi kesan lebih kaku. Apakah anda menggunakan garis lurus atau garis diagonal menuju objek ? Keduanya bekerja sama hingga memberikan kesan yang berbeza.
In Sha Allah aku akan sambung lagi perihal komposisi seterusnya. Ringkas2 je aku bagi info supaya tak jemu membaca.
Disini aku lampirkan salah satu contoh gambar yang berkomposisi Leading Line. Gambar ini aku rakam di Pantai Pandak Chendering Terengganu.
Terima kasih
Mahdi de Nerus


Fotografi & Komposisi (Rule of Third ~ RO3)


Kenapa gambar dia lawa, gambar saya tak lawa?
Inilah persoalan yang selalu timbul apabila seseorang merakam gambar menggunakan DSLR atau kamera handphone.
2 orang merakam sekeping gambar, jenis kamera sama, dilokasi sama, subjek sama, pencahayaan pun sama tapi terdapat perbezaan pada kedua gambar. Mengapa ini berlaku.
Salah satu penyebabnya adalah pemahaman pada “komposisi” atau istilah lain dalam fotografi disebut Rule of Third atau RO3
Apa itu komposisi.
Komposisi adalah teknik meletak sesuatu subjek atau eleman di tempat yang betul didalam sesebuah gambar.
Komposisi berperanan membezakan nilai sesebuah gambar yang dihasilkan. Disini aku hanya menyatakan SALAH SATU komposisi yang wajib diketahui oleh seseorang yang berminat mendalami ilmu asas fotografi.
Gambar dibawah sebagai contoh. Gambar tu aku rakam semasa Photo Hunt di Bali Indonesia bersama rakan2 fotografer mei 2015..saje nak bagi info detail pasal gambar.
Pada gambar tersebut aku letakkan empat (4) garisan. 2 melintang dan 2 menegak. Ianya dinamakan Grid.
Grid ada pada setiap kamera DSLR, Mirrorless atau kamera handphone. Cari kat camera setting.
Lihat kedudukan subjek utama iaitu sebuah pondok rehat di tepi pantai. Pondok tersebut terletak diatas salah satu simpang garisan menegak dan melintang itu. Bermakna sesuatu subjek mestilah berada di salah satu tempat yang aku tandakan titik itu.
Itulah salah satu contoh komposisi pada sesebuah gambar. Subjek adalah cerita utama dan latar belakang matahari terbit adalah penambah perisa bagi sesebuah gambar.
Ini penting bagi menghasilkan hasil karya berkualiti.
In sha Allah nanti aku akan sambung lagi penulisan berkaitan komposisi seterusnya. Cerita panjang2 korang malas nak baca...aku sdiri pun malas nk baca hahaha...aku share sikit2 supaya tak mudah jemu membaca.


Smartphone Photography

Assalamualaikum & Salam sejahtera
Kebelakangan ini syarikat pengeluar telefon pintar (smartphone) hebat bersaing mengeluarkan pelbagai jenis model yang terkini.
Ada sebahagian pengeluar begitu menitikberatkan fungsi kamera memandangkan masyarakat dunia ghairah mengambil gambar dan mempertontonkan di laman sosial.
Rugilah kita beli telefon pintar dengan harga yang mahal tapi mengabaikan beribu fungsi didalamnya. 
Fungsi kamera didalam telefon pintar kini semakin canggih hingga hampir menyamai teknologi kamera DSLR atau Mirrorless
Kini kamera telefon pintar mempunyai fungsi panorama, HDR, potret, fungsi manual dan lain lain lagi.
Adanya ilmu asas fotografi sudah cukup menghasilkan gambar hebat mengunakan telefon pintar.
Gunalah semaksima mungkin telefon anda agar ianya berbaloi dengan harga yang dibeli.
Telefon murah tidak semestinya gambar tidak hebat. Apa yang penting ilmu asas fotografi harus dipelajari.
Gambar yang dihasilkan dapat dikongsi bersama sama rakan rakan dilaman sosial. Secara tidak langsung ilmu serta bakat berfotografi dapat diasah secara berperingkat. Minat yang mendalam bakal melahirkan seorang jurufoto yang hebat.
Selamat meneroka ilmu fotografi melalui telefon anda
Gambar yang saya lampirkan ini mengunakan Huawei 2 Lite.
Member tolak murah murah😁😁
Terima kasih
Mahdi de Nerus