8 peserta termasuk aku. Trip yang takde Guide dan takde sweeper. Itulah perumpamaannya.
Trip dirancang oleh Atok.
3.30 petang kami mula berkumpul di Sungai Pertak Kuala Kubu Bharu Selangor. Berbekalkan semangat cintakan alam sekitar kami mula melangkah memasuki denai rimba.
2 jam perjalanan trek yang agak landai kami sampai di Kem BMW.
6.00 petang kami sampai di Kem Botol. Berhenti cuma seminit, sekadar minum seteguk air bagi membasahkan tekak.
Selepas Kem Botol kami mula mendaki, trek yang menaik dan menurun serta agak licin. Kesukaran ini melambatkan langkah kami bergerak pantas.
7.20pm kami sampai di Kem Renoma. Hari semakin gelap. Untuk sampai disini kami berpaksa berdepan single trek dan mendaki agak tinggi. Kami solat maghrib disini dan berehat selama 20 minit.
Perjalanan diteruskan. Malam yang kelam diterangi cahaya bulan, seram sejuk mula terasa.
8.40 malam kami tiba di Kem R&R.
Atok membuat keputusan untuk berehat dan tidur disini untuk seketika. Di Kem R&R kami memasak, bancuh teh kopi berborak. Disinilah kami mula mengenali sesama peserta lebih dekat. Bercerita berkongsi pengalaman, bergurau senda. Keakraban mula terasa. Seronok beb serius. Bersembang bergurau hingga ke pagi. Plan asal nk tidur tapi bila dah rancak bersembang hilang semua rasa mengantuk.
3.00 pagi perjalanan diteruskan. Trek mula mencabar minda. Trek sempit, gelap malam, sejuk mula mencabar mental. Walaubagaimanapun misi mesti diteruskan.
5.00 pagi kami tiba di Kem Asyur. Kami berehat cuma beberapa minit saja. Dari Kem Asyur kami mengambil masa sejam setengah untuk tiba di Puncak Tipu (False Peak). Kami solat subuh disini.
6.45 kami mula bergerak ke puncak Gunung Rajah. Dari Puncak Tipu ke Puncak Rajah kami ditemani pemandangan indah mossy. Memang teruja ciptaan Allah seolah berada disebuah taman syurga. Cantik.
8.20 kami tiba di puncak Gunung Rajah.
Sejam kami berada di puncak menikmati pemandangan indah alam ciptaan Allah. Subhanallah. Cuaca cantik, awan biru, angin sejuk mula terasa. Inilah kepuasan yang kami dapat setelah bersusah payah mengharungi cabaran sepanjang perjalanan dari Sungai Pertak ke puncak Gunung Rajah.
dari kiri: Kak Neni, Percy, Liza, Era, Lyter, Iwan Jebat & Aku
9.30 kami beransur bergerak menuruni perjalanan. Kami melalui laluan yang sama semasa mendaki.
Alhamdulillah tepat jam 4.30 petang kami tiba dengan selamat di Sungai Pertak tanpa sebarang kecederaan. Cuma lutut aku terasa sakit semasa mula turun dari puncak hingga ke Sungai Pertak. Namun aku gagahi langkah aku supaya tidak menyusahkan rakan2 yang lain.
Ini sekadar catatan ringkas trip aku ke Gunung Rajah melalui Kuala Kubu Bharu.