Saturday, December 22, 2018

Komposisi Fotografi

Sambungan fasal Komposisi Fotografi
Terdapat elemen-elemen penting dalam menyusun komposisi fotografi iaitu garis (line).
Garis (line) adalah salah satu elemen penting dalam komposisi.
Garis membawa pandangan mata audience memasuki frame menuju objek (leading lines). 
Kita selalu melihat elemen garis seperti garis batu, garis pantai, jalan, rel dan lain lain.
Pada dasarnya garis dapat dibagi kepada 4 jenis iaitu
1.garis horizontal
2.garis vertikal
3.garis diagonal
4.garis lengkung.
Garis lengkung “S” berlekok pada suatu frame, menggiring mata audience memasuki frame, sementara garis lurus menggiring secara langsung. Lengkung memberi kesan fleksibel, sementara garis lurus memberi kesan lebih kaku. Apakah anda menggunakan garis lurus atau garis diagonal menuju objek ? Keduanya bekerja sama hingga memberikan kesan yang berbeza.
In Sha Allah aku akan sambung lagi perihal komposisi seterusnya. Ringkas2 je aku bagi info supaya tak jemu membaca.
Disini aku lampirkan salah satu contoh gambar yang berkomposisi Leading Line. Gambar ini aku rakam di Pantai Pandak Chendering Terengganu.
Terima kasih
Mahdi de Nerus


Fotografi & Komposisi (Rule of Third ~ RO3)


Kenapa gambar dia lawa, gambar saya tak lawa?
Inilah persoalan yang selalu timbul apabila seseorang merakam gambar menggunakan DSLR atau kamera handphone.
2 orang merakam sekeping gambar, jenis kamera sama, dilokasi sama, subjek sama, pencahayaan pun sama tapi terdapat perbezaan pada kedua gambar. Mengapa ini berlaku.
Salah satu penyebabnya adalah pemahaman pada “komposisi” atau istilah lain dalam fotografi disebut Rule of Third atau RO3
Apa itu komposisi.
Komposisi adalah teknik meletak sesuatu subjek atau eleman di tempat yang betul didalam sesebuah gambar.
Komposisi berperanan membezakan nilai sesebuah gambar yang dihasilkan. Disini aku hanya menyatakan SALAH SATU komposisi yang wajib diketahui oleh seseorang yang berminat mendalami ilmu asas fotografi.
Gambar dibawah sebagai contoh. Gambar tu aku rakam semasa Photo Hunt di Bali Indonesia bersama rakan2 fotografer mei 2015..saje nak bagi info detail pasal gambar.
Pada gambar tersebut aku letakkan empat (4) garisan. 2 melintang dan 2 menegak. Ianya dinamakan Grid.
Grid ada pada setiap kamera DSLR, Mirrorless atau kamera handphone. Cari kat camera setting.
Lihat kedudukan subjek utama iaitu sebuah pondok rehat di tepi pantai. Pondok tersebut terletak diatas salah satu simpang garisan menegak dan melintang itu. Bermakna sesuatu subjek mestilah berada di salah satu tempat yang aku tandakan titik itu.
Itulah salah satu contoh komposisi pada sesebuah gambar. Subjek adalah cerita utama dan latar belakang matahari terbit adalah penambah perisa bagi sesebuah gambar.
Ini penting bagi menghasilkan hasil karya berkualiti.
In sha Allah nanti aku akan sambung lagi penulisan berkaitan komposisi seterusnya. Cerita panjang2 korang malas nak baca...aku sdiri pun malas nk baca hahaha...aku share sikit2 supaya tak mudah jemu membaca.


Smartphone Photography

Assalamualaikum & Salam sejahtera
Kebelakangan ini syarikat pengeluar telefon pintar (smartphone) hebat bersaing mengeluarkan pelbagai jenis model yang terkini.
Ada sebahagian pengeluar begitu menitikberatkan fungsi kamera memandangkan masyarakat dunia ghairah mengambil gambar dan mempertontonkan di laman sosial.
Rugilah kita beli telefon pintar dengan harga yang mahal tapi mengabaikan beribu fungsi didalamnya. 
Fungsi kamera didalam telefon pintar kini semakin canggih hingga hampir menyamai teknologi kamera DSLR atau Mirrorless
Kini kamera telefon pintar mempunyai fungsi panorama, HDR, potret, fungsi manual dan lain lain lagi.
Adanya ilmu asas fotografi sudah cukup menghasilkan gambar hebat mengunakan telefon pintar.
Gunalah semaksima mungkin telefon anda agar ianya berbaloi dengan harga yang dibeli.
Telefon murah tidak semestinya gambar tidak hebat. Apa yang penting ilmu asas fotografi harus dipelajari.
Gambar yang dihasilkan dapat dikongsi bersama sama rakan rakan dilaman sosial. Secara tidak langsung ilmu serta bakat berfotografi dapat diasah secara berperingkat. Minat yang mendalam bakal melahirkan seorang jurufoto yang hebat.
Selamat meneroka ilmu fotografi melalui telefon anda
Gambar yang saya lampirkan ini mengunakan Huawei 2 Lite.
Member tolak murah murah😁😁
Terima kasih
Mahdi de Nerus


Wednesday, October 31, 2018

Pine Tree


Sabtu 27 Oktober 2018.

Pada awalnya aku bercadang nak mendaki Gunung Rajah berketinggian 1684 meter dari aras laut yang terletak di Bentong Pahang. Pendakian bermula di Kuala Kubu Bharu.

Jam 12.00 malam hujan lebat di Kuala Kubu Bharu. Kami berkumpul di Dataran Kuala Kubu Bharu menanti hujan berhenti. 2.30 pagi kami mula bergerak ke Sungai Pertak. Kami tidak dapat merentasi sungai ini kerana air Sungai Pertak mengalir deras dan agak parasnya agak tinggi. Disinilah satu-satunya laluan ke Gunung Rajah melalui Kuala Kubu Bharu.
Kami terpaksa menukar lokasi pendakian. Peserta seramai 8 orang bersetuju untuk ke Pine Tree berketinggian 1448 meter dari aras laut di Fraser Hill.
3.00 pagi kami bertolak ke Fraser Hill. 4.00 pagi kami sampai disana dan melelapkan mata didalam kereta sehingga subuh. 

Selesai solat subuh jam 7.00 pagi kami memulakan pendakian.
Trail di Pine Tree amat mencabar, trail yang menaik dan menurun sepanjang perjalanan ke puncak.






Terpaksa mendaki menggunakan tali untuk sampai ke puncak


10.00 pagi kami sampai di puncak Pine Tree. Setelah berehat setengah jam. Jam 10.30 pagi  kami bergerak ke Twin Peak yang terletak bersebelahan Puncak Pine Tree. 
Kami mengambil masa setengah jam untuk sampai ke Twin Peak. Pukul 11.00 pagi kami sampai di Twin Peak





 Pada pukul 12.00 tengahari kami mula turun keluar dari Pine Tree trail
Alhamdulillah kami selamat sampai ke tempat parking kereta jam 2.00 petang. Trail Pine Tree memang mencabar dari awal hingga akhir. Kami memang berpuas hati.


Sunday, October 14, 2018

Bukit Kutu


Assalamualaikum
Ini hanya sekadar catatan untuk ingatan diri sendiri dan kepada kawan2 sekelian. Saya bukan bertujuan nak mengaibkan sesiapa dan bukan nak membanggakan diri tapi biarlah catatan ini menjadi pengajaran buat kita semua.

Bukit Kutu bukan sekadar bukit. Berketinggian 1093m dari aras laut. Terletak di Kuala Kubu Bharu Selangor.
trailnya yang amat mencanak aku boleh katakan hampir 75 darjah dari bawah sampai keatas. Betulkan kalau aku silap.
Semalam 13 oktober 2018 aku bersama dua rakan aku Nazrul dan isma mendaki Bukit Kutu seawal jam 8.30 pagi. Di permulaan pendakian kami terjumpa 1 kumpulan pendaki yg terdiri 2 lelaki dan 2 perempuan. Aku namakan ini Kumpulan B.
Kami bertiga meneruskan pendakian. Lebih kurang setengah jam sebelum sampai ke puncak kami menemui seorang sweeper sedang menemani seorang pendaki perempuan keletihan untuk sampai ke puncak. Kami bertegur sapa dengan mereka berdua. Pendaki perempuan ini memberitahu kami dia datang bertiga bersama kawannya tapi kawannya dah sampai ke puncak tinggallah dia keseorangan cuba gigih mendaki. Aku tengok muka budak perempuan dah pucat gila. Sweeper mengatakan pendaki perempuan ini bukan dari group dia tapi sekadar tolong support pada pendaki ini untuk sampai ke puncak. Tahniah bro. Good job.
Ok kami dah sampai  setelah hampir 2 jam kami berada di puncak dan tiba masa nak turun. Kami disapa oleh group perempuan yang pewai tadi.Mereka bertiga.  Aku namakan mereka ni group A.
1.30pm kami mula turun sambil menemani group A. Kami jangkakan mereka ini sudah biasa mendaki maklumlah hari ni mereka dah panjat Bukit Kutu.
Setengah menuruni bukit salah seorang dah mula menggigil kaki dan pergerakan dah mula lemah. Yang amat mengejutkan aku dia langsung dah tak boleh berdiri dan terpaksa menggelusur dari atas hingga ke bawah. Terseksa aku tengok. Kami tanya mereka “korang ni dah biasa hiking ke tak biasa ?..mereka jawab “ni 1st time bang”....kami tanya lagi “dah survey dulu ke sblom datang”...mereka jawab “tak bang”...kami tanya lagi “ada bawak headlamp dengan basic 1st aid tak??...mereka jawab “takde bang”...adusss pening dah rasa. Kami bertiga mula bincang dan buat keputusan salah sorang kawan aku (isma) cuba bawak 2 orang dari tiga orang ni turun kebawah dan aku bsama nazrul cuba bagi support kat sorng yg lemah ni. Kami target akan sampai ke bawah sebelum 6.30 petang memandangkan trail yang amat licin serta berbahaya, cuaca nak hujan dan hari makin gelap.

Dipertengahan jalan kami terjumpa kumpulan B yg kami terserempak semasa nak mulakan pendakian. Mereka berempat. Salah seorang dari mereka mengalami masalah yg sama dengan yg lemah dari kumpulan A tadi.
kami sapa mereka (kump.B)..”you all ok tak?” ...mulanya mereka jwb “ok” ....tapi kawan aku si nazrul nampak mereka macam tak ok....nazrul bagitau aku “bam madi wat turun dulu budak ni...saya nak tengok group ni ...lain macam sangat nih....aku jawab ok.
Ok laa aku support budak yg lemah td ni hingga check point ke dua..jam dah hampir pukul 5 petang. 5.15 pm di check point kedua Isma dengan 2 orang yg dari group A tadi sedang tunggu kami. Aku sampai di check point kedua. Dan berehat sekejap. Tetiba Nazrul datang sambil berlari bagitau kitorang group B pewai gila yang perempuan tu dah 2 kali terjatuh. Jalan pun dah longlai. Group B pun takde bawa basic 1st aid dan tak bawak headlamp. Nazrul bagitau mereka pun 1st time panjat bukit kutu.
Hari dah semakin gelap bro. Kami buat keputusan keluarkan dulu group A ni sampai bawah kami akan naik balik keluarkan group B.
6.30 tepat kami sampai bawah. Rehat lebih kurang 10 minit Nazrul naik semula bukit kutu nak keluarkan group B. Bayangkan headlamp Cuma ada 3 nak keluarkan 4 orang pendaki tak termasuk Nazrul. Nazrul cuba bantu mereka sedaya upaya dalam cuaca gelap, hujan renyai2 dan trail licin gila ditambah plak kasut yang mereka pakai tak sesuai.
Jam 8.30 malam group B dapatdikeluarkan dengan selamat

pengajaran yang aku nam sampaikan disini
tak kisah laa dah lama mendaki atau 1st time nak mendaki pastikan
1. Survey dulu keetinggian bukit atau gunung
2. survey dulu trail nya bahaya atau tak bahya
3. pastikan bawa headlamp & basic 1st aid. (kita takan jangka apa yg akan berlaku pada kita atau kawan2 kita.
4. Pastikan bawak bekalan air yg mencukupi mengikut keperluan kita sendiri ..jangan ikut orang.
5. Pastikan tubuh badan kita sihat dan cergas

sekian terima kasih kerana sudi membaca. Aku harap catatan ini dijadikan iktibar.

mahdi de nerus


Wednesday, September 19, 2018

ILMU HUTAN - RUGI TAK BACA.!

copy paste dari Page Kaki Hiking & Travel

ILMU HUTAN - RUGI TAK BACA.!
Pengalaman masuk hutan, berkawan ngan bebudak asli ni, dan termasuk kengkawan yg memang askar, banyak benda yg saya belajar..iaitu,
1. Lumut Taik Kera. Kalau kita jalan diwaktu malam, terutama di hutan padat dekat dgn air terjun atau sungai (mcm kes saya kat Janda Baik), bila kita jalan dalam gelap, kita akan nampak ada benda2 bercahaya warna hijau..ala2 benda yg pendarcahaya. Benda yg bercahaya tu ialah lumut taik kera, bila siang tak nampak apa2, bila malam dia akan keluarkan cahaya walaupun dgn skit bantuan cahaya dr bulan bintang. Yg bestnya, lumut ni hanya tumbuh didenai (laluan binatang atau orang), so kalau sesat..ikut je laluan ni diwaktu malam, insyaAllah..tak langgar pokok.



2. Ular tedung. Kalau terserempak dgn ular masa dlm hutan, jangan buat gerakan mengejut..stay still dan undur balik. Ular tedung tak mematuk bila kepala dia tengah kembang penuh, sebaliknya akan mematuk bila kepala dia kembang separuh je. Oleh tu, kita acah2 bagi ular tu kembang penuh dgn ranting kayu dan berundur2 pelan2. - belajar dr orang asli.



3. Kera / lutong dan spesis yg sama. Spesis kera takkan lari bila kita libas dgn sebatang ranting kayu, in fact dia leih lincah dr gerakan ranting kita. Utk halau kera, patahkan pokok renek dgn daun dan ranting yg mengembang..dan hayunkan kat kera tu..baru lari (rasionalnya, ranting + daun yg kembang tu nampak lagi besar dr sebatang ranting) - belajar dr askar.
4. Harimau. kalau mancing dlm hutan, sedang dlm hutan tu bunyi penuh dgn unggas serangga, tetiba hutan tu jadik sunyi sepi, biasanya ada haiwan menghendap..terutamanya harimau, harimau akar dan beruang. Selepas hutan jadi 'diam', kemudian disusuli dgn bau hamis..confirm harimau..hehehe..apa lagi, bagi letup satu mercun bola la.. - belajar dr orang asli.
5. Beruang madu. Hutan paya kat Malaysia banyak beruang madu (yg kecik tu, sekerat pinggan dgn dada kaler oren),kalau terserempak, kita yg perlu menjerit dan buat seperti nak kejar, automatik beruang tu akan lari. - belajar dr orang asli.


6. Kepala air. Kalo khemah kat tepi sungai, jangan buat khemah kat tepi air, buat dibahagian /kawasan yg pokok2nya besar. Tandakan satu batu yg besar, kalo tengah malam batu tu hilang, maknanya air tengah naik la tu..- belajar dgn kaki pancing.
7. Tanda-tanda kepala air. Kalo hujan kat hulu, biasanya akan ada kepala air (air naik dr dlm perbezaan paras 5 kaki tak sampai 10 minit). Tanda2 lain yg kita perlu tengok ialah kehadiran buih2 putih kat tempat tak berbuih (klu kat tempat air jatuh for sure ada buih)..maksud saya kat tempat air mengalir biasa, tetiba ada buih2 halus timbul. Tu tandanya arus bawah lagi laju dr arus atas. pastu, akan ada daun basah hanyut, then barulah ada perubahan warna air, dr jernih ke warna oren, coklat dll. Biasanya perubahan ni sekejap saja, dalam 5-6 minit sebelum arus besar datang (kepala air)..sama kes kat Dam Chamang, bentong..saya dah kena. Tambah skit, kalo kepala air datang, bunyi air lebih kuat dr biasa, dr kejauhan dah dengar..
8. Nak masak air. Jangan amik air kat tepi sungai, amik kat tengah sungai atau tempat yg mengalir deras. Rationalnya, tikus, rusa, kancil, babi dll kencing kat tepi sungai, arus akan tolak air kencing tu ke tebing. So, amik yg tengah2. - belajar ngan askar.
9. Binatang besar. Kera atau monyet akan lari dan buat bising bila ada bahaya i.e harimau, gajah, badak, seladang dll. Kalau dr jauh dengar bunyi kera dl buat bising..tentu ada binatang besar tengah lalu. - belajar dgn orang asli.
10. Makan makanan yg dimasak i.e ikan bakar dll. Semasa kat hutan, kami mesti makan sampai habis dan hanyutkan / tanam lebihan makanan sebab bau makanan ni akan menarik perhatian beruang, kera, gajah utk datang bertandang. - ni belajar ngan kaki pancing lain.
11. Buat semua perkara sebelum jam 5.00 petang. Biasanya, bila kami kat hutan, kami akan selesaikan semua urusan (masak, mandi, basuh dll) sebelum jam 5.00 petang. Sebab, dlm pukul 5.00 lebih, hutan dah gelap disebabkan oleh kanopi pokok dan kecondongan matahari. - belajar dr pengalaman.
12. Hutan yg bising dgn bunyi unggas lebih baik di waktu malam drpd hutan yg sunyi sepi. Bila hutan sepi, mesti ada apa2 yg tak kena. - orang asli.
Ok, masuk bab amalan bukak khemah (Rule and system dia la..bukan amalan yg spritual ni..).
1. Cari kanopi yg masih hijau. Bila dah tentukan nak khemah, dongak ke atas, cari pokok muda dan kanopi (rimbunan daun) yg masih hijau..so, risiko kena hempap ranting dahan bila angin kuat rendah.
2. Ketinggian dr paras air. Bila dah tentukan mana bahagian yg lapang nak dibuat, tentukan ketinggian khemah sekurang2 4 kaki dr aras air sungai, kalau landai..jangan buat khemah kat situ, biasanya kawasan landai, akan ada banyak pokok2 rendah dan renek mcm pokok senduduk dll..tu tandanya air selalu naik kat kawasan tu. Cari kat kawasan yg pokoknya besar2.
3. Tentukan laluan / denai didalam radius kawasan 20 meter dr khemah. Jangan buat khemah didalam laluan denai, sebab laluan denai bukan utk manusia sahaja, ianya adalah laluan binatang lain jugak. kang seladang tumpang tidur.

4. Bersihkan lantai tapak perkhemahan drpada daun dan pokok2 renek (potong je pokok2 kecik ni,kang dia tumbuh balik). Pakai je ranting pokok2, sapu sampai nampak tanah dan takdak daun, so, risiko terkena sengat lipan, kala jengking dll tu kurang skit.
5. Dah ready, baru tabur karbaid kaler kuning tu.
6. Kalau pakai khemah jenis igloo atau T shape, pasang khemah kat secara menghadap /berhadapan dan unggun api kat tengah.
7. Dlm nyalaan unggun api tu, standby dgn beberapa batang kayu panjang. Kalo boleh, sesuai dgn jumlah orang yg pergi camping tu. Bila ada bahaya, perimeter diceroboh, apa lagi..capai la kayu yg ada api ni sebagai senjata, parang pisau..binatang tak takut. Api? confirm depa lari..
8. Kalo ikut pengalaman saya, kami memang buat perimeter, risau gak kot2 binatang datang (beruang terutamanya) datang ke khemah sebab bau masakan kami. Kami suka buat pagar dgn tali tangsi disambing dgn loceng, terlanggar je tali tu, loceng akan bunyi...



Monday, September 10, 2018

solo hiking - Air Terjun Batu Asah Kemensah

Selamat tahun baru hijrah pada semua muslimin & muslimat
Cuti 5 hari jumaat sampai selasa ni...aku takde planning yg bagus...mereput kat rumah jee...badan kurang sihat...
Alhamdulillah semalam badan rasa kembali cergas...ikhtiar makan ubat dan berserah diri pada Allah...
bosan boh duk rumah...giler arrr...duk layan internet pun bosan jugak
Last aku buat decision pukul 8.00 pagi tadi aku start motor menghala ke Kemensah.
mulanya nak ke air terjun sofea jane...jumpa brader tu sorg dia bgtau hati2 bang...kat situ ade geng ATV jumpa anak beruang...haaaa giler arr...takut gak aku...aku sorg beb mau beruang tu nak friend ngan aku ...mau aku tertido dlm hutan tu selamanya hahahaha
last pusing motor ..parking kat laluan baru ATV.....aku pun sorang2 layan jiwa trekking ke air terjun Batu Asah kemensah.
Trek mcm biasa ..pendek jee lebih kurang stengah jam jeee sampai ke air terjun....damai gak kat situ sbb takde lagi orang masuk.
Aku pun apa lagi layan jiwa laaa sambil masak maggi , mandi air terjun ...memang tenang beb ..tenang setenang tenangnyeeee...lupa kejap masalah dlm diri



Bunyi aliran sungai & air terjun salah 1 terapi minda....pasang poncho jap...hampar mat..mata terlelap.
11.30 pagi tersedar bunyi suara pengunjung lain datang...aku pun tak buang masa kemas2 barang ..senyum kat brader, akak yg baru sampai tuu...terus aku blah ..lagi pun awan redup seolah hari nak hujan...zasssssssss balik layan internet plak
terkadang hiking secara solo ni cukup mendamaikan.



Sunday, August 19, 2018

Bukit Kutu

18 Ogos 2018
Aku bersama Team Hiking Selangor memulakan pendakian di Bukit Kutu yang terletak di Kuala Kubu Baru Selangor.
Pendakian bermula jam 8.00 pagi. Disini parking kereta amat mudah. Parking lot disediakan dan dikenakan bayaran rm1.00 sahaja.


Trek pertama kami melalui 3 batang anak sungai. Di sekitar sini ramai pengunjung berkelah berkhemah bersama ahli keluarga dan rakan2. Memang cantik tempat ni. Kebersihan dijaga rapi oleh penduduk sekitar yang terdiri dari kalangan orang asli.




Selesai merentasi 3 batang anak sungai ini kami berdepan dengan trek yang menegak hampir 90 darjah. Trek yang agak sukar bagi aku. Licin dan berakar.
 Alhamdulillah cuaca baik jadi trek tidak licin. Seandainya hujan atau selepas hujan kami pasti mengalami kesukaran mendaki.



Dari bawah ke check point pertama agak kurang trek landai. Di check point pertama kami dapat berehat seketika. Dari bawah ke check point pertama pendakian mengambil masa setengah jam. Penat boh.


Rehat 3 minit pendakian diteruskan lagi. Makin tinggi trek makin mencabar. Tegak trek makin meningkat. Disinilah pendaki yang kurang stamina pasti akan stress.
Kekuatan fizikal dan mental amat diperlukan disini. Tiada lagi trek landai yang ada cuma anak2 tangga seolah sedang menaiki anak tangga KL Tower hahahaha
Semasa pendakian fikiran 100 peratus fokus pada trek risau berlaku kemalangan tak di ingini seperti terjatuh.



Hampir 3 jam pendakian yang amat menyeksakan akhirnya kami sampai di Bau Tedung. Disini ramai pendaki berehat disini sambil menambah tenaga.
Kawasan rehat menarik dilitupi batu batu besar yang menjanjikan pemandangan menarik. Tapi awas banyak lebah disini. Walaupun lebah tak menggigit tapi agak rimas badan dihurungi lebah.




Hampir setengah jam jugak berehat kat sini sambil berbual dan makan2. Perjalanan diteruskan kerana puncak Bukit Kutu masih jauh. Perghhhhhhhhhhh pewai boh





Kami sampai disekitar puncak jam 12.45 tengahri. bermakna sudah 4 jam 45 minit pendakian. Bayangkan 4 jam 45 minit. Rasa nak menitik air mata hahahaha

Akhirnya kami sampai di puncak Bukit Kutu berketinggian 1090meter. Bagi aku ketinggian ni bukan lagi bukit tapi gunung. Tak tau kenapa masih lagi di panggil bukit.
Berehatlah kami disini menghilangkan penat lelah berborak minum makan





Ok laa puas hati walaupun berpenat lelah bersusah payah mendaki. Kami teruskan perjalanan ke banglo tinggalan British. Difahamkan banglo ini adalah tempat pengurusan bagi hal berkaitan lombong biji timah suatu ketika dahulu.
Banglo ini dibina sebelum perang 1945. Aku tak tahu sangat pasal banglo ni. Tapi bagi aku tempat ni sedikit menyeramkan. Walaupun seram kami tetap berphotography hahahaha








Pukul 2,30 kami memulakan perjalanan turun. Masa perjalan turun ni agak bahaya sebab trek terlalu curam. Disinilah kekuatan lutut diguna hampir semaksima mungkin.
Pendaki perlu lebih berhati hati untuk mengelakkan kemalangan tak di ingini berlaku.
Jam 5.00 kami sampai di parking kereta. Mandi sungai dulu boh buang segala karat daki peluh melekat kat badan.
Memang ianya suatu kepuasan bagi pendaki mendaki Bukit Kutu.
Walaupun trek sukar pasti kami akan datang lagi.

Terima kasih sudi luang masa baca coretan pendek pendakian aku dan THS.











Sunday, August 12, 2018

sepak-sepak daun di Bukit Wawasan


12 Ogos 2018 aku join Team Hiking Selangor sepak sepak daun di Bukit Wawasan Puchong Selangor Darul Ehsan
6.45am aku bertolak dari Bandar Sri Damansara ke Bukit Wawasan. Perjalanan mengambil masa setengah jam dengan motor cabuk aku.

Bukit Wawasan terletak di Jalan Wawasan 8/1 Taman Puchong Selangor. 
Bukit Wawasan berketinggian 233 meter dari aras laut.




7.30 pagi aku bersama Team Hiking Selangor & Rawang Hikers memulakan trekking. Awalnya trek biasanya takde laa penat sangat. Cuma anggaran aku 300 meter sebelum sampai ke puncak treknya sikit menegak dan agak licin. Sepak sepak daun sambil santai sesantainya mengambil masa hampir setengah jam nak sampai ke puncak. Weekend agak ramai kat sini. So traffic agak perlahan nak sampai ke puncak. Layan jeee...yang penting kita respect each other.


Di puncak takde apa yang istimewa cuma sedikit kawasan lapang. Kat situ ramai pengunjung bergambar bawah papan tanda ketinggian Bukit Wawasan. Nak tengok view cantik memang takde laaa.





Aku bersama Team Hiking Selangor meneruskan perjalanan dari puncak bukit ke air terjun. Kami melalui trail yang tidak dibenarkan masuk...hahaha trail ni agak mencabar terpaksa selak daun. Paha aku tercedera sebab terlanggar tunggul kayu. Malas nak amik gambar luka..aku takleh tengok darah..seram bohh

Dari puncak ke air terjun mengambil masa 45 minit ..ok laa layan alam semula jadi tambah plak trail tu takde orang lalu. Dapat laa rasa nikmat pemandangan hutan. Memang seronok kalau lalu di trail yang orang lain tak lalu. Tercabar skit laa laluannya.





Ok sampai kat air terjun member semua nampak dah pewai termasuk aku hahaha...so kitorang makan2 kat sini. Ada yang bawak nasi lemak, roti...masak megi pun ada hahaha..layannn.
Hampir sejam jugak laa berehat kat air terjun..aku malas nak snap gambar sbb ramai pengunjung tengah mandi...kang diorang pikir aku saje nk skodeng diorang plak ..kannnn








Masa keluar kami lalu ikut laluan orang yang datang dari puncak ke air terjun. So macam biasa traffic agak perlahan. Kita respect orang nak lalu tambah plak ada golongan warga emas dan kanak2.

Masa nak keluar ni laa ada member muntah sebab kurang makan. Semasa kat air terjun tu dia syok duk tengok orang mandi sampai lupa nak makan..so termuntah laa dia di tengah trail hahahhaa. Pengajarannya ialah pastikan perut tak kosong semasa trekking atau hiking.
Okeh perjalanan keluar mengambil masa lebih kurang 45 minit. 
So takda apa yang special semasa keluar ni just borak2 dan gurau2 dengan kawan2.


Walaupun ini pertama kali aku mengenali sebahagian member dari Team Hiking Selangor dan Rawang Hikers tapi kemesraan seolah dah lama kenal. Ini yang aku salute kat orang selangor. Peramah boh dan ada yang respect each other tanpa mengira latar belakang dan umur.


Okey boh ..tu jee catatan aku. 



Kepada sesiapa yang nak berkunjung ke Bukit Wawasan. Berkunjung lah dan korang akan rasa keseronokannya.


Zassss..
 i love nature