Aku bersama 3 orang hikers dari Team Hiking Selangor memulakan pendakian di Denai 3 Puteri.
Denai 3 Puteri terletak berhadapan Sekolah Menengah Kebangsaan Seksyen 10 Kota Damansara Petaling Jaya. Guna waze lagi mudah nak ke sini.
1. Pertemuan
2.Sahabat
3. Scout dan beberapa check point lagi.
ok disini adalah puncak (peak) Denai 3 Puteri. Spanjang perjalanan ke puncak tidak kedengaran bunyi air sungai mengalir tapi bila tiba dipuncak kedengaran bunyi enjin kenderaan dibawah. Ini kerana puncak D3P ini berdekatan lebuhraya NKVE
View memang cantik. Kalau boleh bawak laa makanan lebih sikit. Lepak lama skit kat puncak makan sambil borak. Tadi sejam lebih jugak termenung kat puncak ni. Tak sedar boh..syok sangat hahaha
Pendakian dari starting point ke puncak mengambil masa 45 minit dan turun juga mengambil masa 45 minit. Ini masa bagi yang bersantai tapi kalau runner rasanya sejam je kot turun dan naik.