Tuesday, July 24, 2018

Hiking - Denai 3 Puteri

1st time aku hiking bersama perempuan
Aku bersama 3 orang hikers dari Team Hiking Selangor memulakan pendakian di Denai 3 Puteri.
Denai 3 Puteri terletak berhadapan Sekolah Menengah Kebangsaan Seksyen 10 Kota Damansara Petaling Jaya. Guna waze lagi mudah nak ke sini.



Trail sememangnya santai. Sesantai santainya. tak penat langsung hahahaha macam berjalan ditepi pantai. Terdapat beberapa check point disini antaranya
1. Pertemuan
2.Sahabat
3. Scout dan beberapa check point lagi.


500 meter ke puncak baru ada sedikit pendakian. Pendakian taklah setinggi mana. Ala kadar jee mencabarnya,






Kat sini (gambar atas) view memang cantik. Ni salah satu lokasi menarik untuk bergambar. Laluan ini sedikit mencabar.

ok  disini adalah puncak (peak) Denai 3 Puteri. Spanjang perjalanan ke puncak tidak kedengaran bunyi air sungai mengalir tapi bila tiba dipuncak kedengaran bunyi enjin kenderaan dibawah. Ini kerana puncak D3P ini berdekatan lebuhraya NKVE
View memang cantik. Kalau boleh bawak laa makanan lebih sikit. Lepak lama skit kat puncak makan sambil borak. Tadi sejam lebih jugak termenung kat puncak ni. Tak sedar boh..syok sangat hahaha

Pendakian dari starting point ke puncak mengambil masa 45 minit dan turun juga mengambil masa 45 minit. Ini masa bagi yang bersantai tapi kalau runner rasanya sejam je kot turun dan naik.








No comments:

Post a Comment