aktiviti hiking aku bermula, warming up boh
Lokasi Bukit Gasing Petaling Jaya
Boleh datang melalaui Federal Highway dan masuk susur ke Jalan Gasing berdekatan Pejabat KWSP cawangan Petaling Jaya.
Parking motor didepan Gerbang Bukit Gasing.
7.30 pagi aku mula memasuki hutan pendidikan Bukit Gasing. Weekend ramai orang boh, kepada peminat hiking aku suggest datang weekday sebab tak ramai orang
Ok aku bersama 2 orang lagi kawan aku mula mendaki. Trek memang awesome. Di sini banyak laluan yang boleh dilalui hingga ke puncak.
Dari temple ke Tangga Penyesalan trail amat mencabar. Kami memilih laluan sukar. Laluan yang kurang dilalui orang ramai. Ini kerana kami tak suka traffic jam hahahaha. Laluan agak licin dan terpaksa mendaki hingg 90 darjah
Sebelum sampai ke Tangga Penyesalan terdapat jambatan gantung disini. Menarik jambatan ni. Sorry gambar takde sebab time ni terlalu ramai orang nak bergambar kat jambatan gantung hinggakan ada pengunjung naik angin...hahaha so bila dah macam tu aku malas nak snap gambar.
Bagi aku untuk pecinta alam sekitar Bukit Gasing ni memang sesuai untuk aktiviti hiking serta riadah bersama kawan kawan dan keluarga.
Tapi pastikan keselamatan diutamakan terutama sekali pakai kasut yang sesuai. Aku tak galakkan pakai sandal atau kasut joging. Carilah kasut hiking yang sesuai untuk keselesaan dan keselamatan.
Nak best datang weekday
No comments:
Post a Comment