Saturday, August 4, 2018

Denai 3 Puteri - Night Walk


30 Julai 2018-08-04 aku bersama beberapa rakan dari Kelab Hiking Selangor mengadakan night walk kat Denai 3 Puteri  Kota Damansara
Janji melayu macam biasa nak berkumpul pukul 10.00 malam tapi terkumpul pukul 11.00 malam hahahaha
Ketinggian hutan ini adalah di bawah 300 meter pada aras laut. Alhamdulillah cuaca agak baik malam tu so perjalanan agak lancar.
Berjalan malam memerlukan lebih banyak kesabaran berbanding siang disebabkan pandangan dan cahaya lampu suluh agak terhad ditambah plak perasaan berani2 takut. Otak duk pikir hantu jee hahahha. Mindset kena ubah kalau bab hantu nih.
Walaupun night walk (berjalan malam) kami tak laa risau sangat memandangkan banyak papan tanda dan papan tanda arah kat sini. Kalau sesat pun confirm jumpa tempat yang sama. Disni jugak banyak laluan (trek) so tak perlu risau sangat.

Cuma yang risau ketika hampir dengan puncak (peak) ada sedikit pendakian. Maklum laa gelap malam kenalah laa lebih berhati hati.


Cuma kena pastikan lampu suluh dapat menerangi sekitar 30 meter dari jarak kita. Alaaa beli jee head lamp. Ada yang murah ada yang mahal janji ada cahaya.
Pendakian ambil masa 45 minit. Itu pun banyak berhenti , sebab ada diantara kami stamina agak kurang..so kena banyak bersabar untuk cover kawan2 yg agak semput hahahah....semput pun semput laa janji enjoy
Sampai di puncak hampir 12.00 malam. Di puncak kami menikmati pemandangan malam lebuhraya NKVE. Menarik jugak sambil hilangkan masalah dalam fikiran.






Pukul  2.00 pagi kami mula turun..2 jam tuu lepak borak kat peak hahaha. Dan bersurai 3.00 pagi lepak mamak pekena roti canai
Trip malam memang best. Cabaran agak lebih berbanding siang. Cuma mulut jangan celupar jee duk sebut hantu hahahaa

Layan bohhh...zasssssssss

No comments:

Post a Comment