Saturday, August 4, 2018

Bukit Kembara


Bukit Kembara berketinggian 270 meter dari aras laut. Terletak di Ampang Kuala Lumpur. Kalau nak try boleh waze Emerald Condo.
Tapak mula pendakian bersebelahan kondo ini. Landmark ada tokong kecil bersebelahan.

Sabtu 04/08/2018 aku naik keseorangan. Agak bosan takde aktiviti hujung minggu
Trail agak mencabar starting dah menegak so kena daki lebih skit.
Dipuncak takde apa apa istimewa, takda pemandangan menarik cuma ada beberapa bangku tempat orang berehat.



Gambar atas (dipuncak) aku tumpang bergambar dengan 1 keluarga hahaha




Jika meneruskan perjalanan selepas puncak kita akan bertemu satu kolam takungan air yang ditinggalkan. Disini juga ada aliran anak sungai. So boleh berehat disini (sorry gambar lupa nak snap)

Sekitar kolam ini ramai pengunjung joging pada hujung minggu.

Trail Bukit Ampang memang mearik perhatian aku sebab curamnya menegak hampir 90 darjah. Ianya cukup mencabar walaupun telah disediakan tali untuk pengunjung bertaut.


Bukit Ampang kalau setakat nak warming up ok laaa sebab bukitnya rendah  tapi menarik. Pendakian cuma 20 minit naik ke puncak. 
 Sekali pergi nak try lagi ...hehehehe

No comments:

Post a Comment